Boleh Ke??

November 15, 2008

KAMPUNG BATAS LINTANG – Setiap pengunjung pasti terkejut dan hairan kerana boleh menikmati roti canai dan teh tarik dengan hanya RM1.

 

Peniaga roti, Jamaludin Shaari, 40, menyatakan bahawa dia mula berkecimpung dalam dunia perniagaan roti ini sejak tahun 2000 lagi dan telah mengalami zaman kejatuhan teruk sehinggalah timbul idea untuk menjual makan dengan harga serendah ini.

 

“Saya pegang prinsip berniaga sambil beramal dan Alhamdulillah sekarang ini saya tetap memperoleh keuntungan walaupun dengan harga yang mungkin tidak masuk akal bagi sesetengah peniaga, katanya.

 

Tegasnya, walaupun dengan harga murah, kualiti roti dan minuman di gerainya tetap menjadi keutamaan.

 

“Biar murah, pelanggan datang pun ramai dan bagi saya kualiti merupakan perkara pokok serta perlu diteliti dalam perniagaan. Jika kita abaikan kualiti, satu hari nanti kita pasti akan jatuh dan perniagaan pun merosot, katanya lagi.

 

Tambahnya, dia amat mementingkan kesihatan dan soal ini perlu dijaga kerana roti canai selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan.

 

“Persepsi ini perlu diubah dan caranya ialah dengan mengurangkan minyak dalam roti dan boleh dikatakan roti canai ini tidak ada minyak serta kering, katanya lagi.

 

Warung ini mempunyai 19 jenis roti tetapi dia hanya membuat 3 jenis roti setiap hari iaitu roti kosong, roti telur ,dan paling istimewa ialah roti pattaya.

 

Menurutnya lagi dia tidak menggunakan sebarang jenis pelaris dan hanya menggunakan kelebihan bercakap serta ramah membuatkan pelanggan senang apabila singgah makan di warungnya.

 

“Kalau komunikasi kita bagus, kita tak perlu risau perniagaan kita dan hal ini memang ditekankan berdasarkan pengalaman orang-orang lama,” katanya lagi.

 

Walaupun hanya berniaga roti di kampung, Jamaludin tetap  bersistematik dalam setiap urusan berkenaan akaun.

 

 

“Harga petrol turun tetapi modal tetap tinggi dan boleh mencecah sehingga RM230 hingga RM250 sehari. Dari sinilah perlunya kerja bersistematik dan menggabungkan antara pengalaman dan pembelajaran, katanya yang pernah mengikuti kursus membuat roti ini.

 

Pelanggan, Mohd Azwad Abidin, 17, menyatakan dia selalu makan di warung ini setiaphari pada waktu pagi dan petang.

 

“Bila kita lepak di sini, tekanan pun boleh hilang dan sambil berborak dengan rakan-rakan, kami akan makan roti canai murah ini, katanya.

 

Seorang lagi pelanggan, Husain Sakar, 73, menyatakan bahawa roti dan teh disini sedap dan memenuhi citarasanya.

 

“Rotinya lembut dan tidak berminyak serta persekitaran ala kampung ini yang membuatkan ianya menjadi lebih menarik ekoran wujud suasana santai di sini,” katanya

 

Jamaludin dapat menjual sebanyak hampir 700 biji roti sehari dengan dua shif iaitu shif pertama bermula jam 6.30 hingga 10.30 pagi dan shif kedua pula bermula jam 6.30 petang hinnga 9.30 malam.

 


Kita yang masih sempit

September 11, 2008

Penulis terbaca ruangan mufti Perlis yang mengutarakan pandangannya berkaitan halal dan haram. pemikiran yang kritis dan logik ini membawa satu pendekatan mudah untuk kita menghayatinya. “kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya ambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Itu selaras dengan prinsip Islam.”

Bukankah lebih mefektif kalau kita melaksanakannya? Jadi tidak perlulah susah payah untuk badan-badan berkaitan penyelarasan halal dan haram ini berpeluh tubuh untuk turun padang ke serata tempat. “Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. “

Oleh itu, masih berdiam dirikah kita melihat pemikiran-pemikiran sempit ini menguasai minda anak-anak muda yang masih lagi suci dari pemikiran kolot? samalah-smalah kita berganding bahu memikul tanggungjawab ini ibarat kuah sama dihirup, sambal sama dicicah.


Lupakah kita?

September 11, 2008

 

Siapa yang sebenarnya zalim dalam erti kata yang sebenar?

Siapa yang sebenarnya zalim dalam erti kata yang sebenar?

 

 

Biarpun sudah tujuh tahun peristiwa rempuhan bangunan Pusat Perdagangan Dunia (WTC) dan Pentagon berlaku, siapa yang melakukannya, sebab dan bagaimana serangan itu boleh berlaku tanpa dikesan oleh perisikan Amerika Syarikat (AS), terus menimbulkan persoalan.

Kebelakangan ini baik dalam kalangan individu mahupun pertubuhan bebas, percaya bahawa rempuhan pesawat ke atas WTC dan Pentagon seperti ada yang tidak kena dan ada fakta yang cuba disembunyikan. Mereka mengemukakan pelbagai teori ― sebahagiannya berdasarkan beberapa bukti kukuh, baik dalam bentuk dokumen mahupun gambar. Mereka menganggap semuanya jelas sebagai pembohongan dan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi untuk memberikan imej buruk terhadap Islam.

Salah sebuah pertubuhan yang tidak jemu-jemu membongkar di sebalik kejadian itu ialah Pertubuhan ReOpen 911 yang diasaskan oleh Jimmy Walter dan disokong oleh beberapa individu. Mereka bergerak ke serata dunia meraih sokongan antarabangsa – mendesak agar siasatan terhadap tragedi 11 September dibuka semula.

Dalam dokumen yang bertajuk, Confranting the Evidence: A Call to Reopen the 911 Investigation, ReOpen 911 mengemukan banyak bukti yang boleh dipersoalkan termasuk beberapa keping gambar yang meragukan. Bukti tersebut turut disokong oleh beberapa orang saksi yang terselamat. Antaranya ialah William Rodriguez yang mendakwa berlaku letupan kuat dan keadaan yang panas di bahagian bawah tanah WTC dalam tempoh beberapa saat sebelum kapal terbang merempuh bangunan tersebut.

Sangat menjengkelkan apabila kita mengetahui kerajaan Amerika Syarikat (AS) hanya membelanjakan RM2.16 juta (AS$600,000) untuk menyiasat punca bangunan World Trade Center (WTC) runtuh dalam tragedi 11 September 2001.

Mereka terpaksa berbelanja sebanyak hampir RM144 juta (AS$40 juta) bagi menyiasat skandal seks bekas Presiden Bill Clinton dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinsky yang kos akhirnya mencecah RM234 juta.

Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh AS untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama bin Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi 9/11. Namun, tentunya yang lebih ramai terbunuh hanyalah penduduk awam yang tidak berdosa terutama wanita, orang tua dan kanak-kanak apabila perkampungan-perkampungan mereka dibedil dan diserang tanpa sebarang ampun!

Perlu disebut juga ia bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas! Mungkin kita tidak ragu-ragu untuk mengatakan AS sanggup ‘mencipta’ satu tragedi bagi membolehkan dewan Kongres mereka pada akhirnya terpaksa membenarkan Presiden George W. Bush menyerang pengganas.

Perkara seperti ini sebenarnya bukanlah baru! Ini kerana teknik yang sama pernah dilakukan bagi membolehkan AS mendapat kebenaran untuk menyerang mana-mana pihak. Semasa meletusnya Perang Teluk sehingga Kuwait berjaya diceroboh oleh tentera Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein pada awal tahun 1990, AS beriya-iya mencari jalan bagaimana mereka dapat membantu Kuwait.


Puasa oh puasa

September 8, 2008
kesabaran dalam menunaikannya

kesabaran dalam menunaikannya

Bila tiba Bulan yang baik serta dirahmati ini, ramai badan-badan yang kuat selama sebelas bulan yang lalu menjadi lemah dek kerana menahan lapar dan dahaga. Semua ini mainan pemikiran kolot yang telah diterapkan kepada belia dan beliawanis dengan pemahaman sekular serta aliran pemikir Kamal Atartuk.  Sungguh tercela mereka yang mengabaikan perintah khas yang termaktub di dalam kitab Maha Pencipta. Bukan semua terlibat dalam modus operandi sedemikian rupa tetapi segelintirnya masih lagi hanyut ditelan gelombang kesesatan.

Jika difikirkan seketika, kalau hanya berpuasa tetapi mengabaikan perintah yang lain, tidak cukup juga. Ibarat membeli kereta tetapi tidak ada tayar. Pelik bukan? Mungkin pelik bagi yang menurutinya tetapi sudah lali bagi yang meninggalkannya. Oleh itu, fikir-fikirkanlah sebaik mungkin kerana usia bukannya semakin muda dan tidak akan muda waima semakin muda sekalipun, perubahan tetap perlu.


Agenda Melayu Dicabar

August 14, 2008

Sedang iklim politik di Malaysia masih lagi hangat, timbul pelbagai provokasi seakan-akan hendak menghancurkan masyarakat Melayu dari pelbagai sudut. Berpangkalkan daripada pemikiran, idealogi sehinggalah kepada perlakuan yang membuatkan survival Melayu tergugat dek ancaman hasil daripada pihak-pihak yang kononya memperjuangkan nasib Melayu.

 Baru-baru ini, hasil daripada pakatan yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa mengapikan perkara yang menyentuh sensitiviti Melayu. Persoalannya, mengapa intitusi Melayu menjadi titik tolak untuk menggugat kestabilan yang telah lama wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hasil daripada momokan tersebut, impaknya memberi kesan kepada lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam malah berpuluh ribu bekas pelajarnya di seluruh negara marah terhadap cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya 10 peratus kuota kemasukan ke universiti itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

Walaupun penulis bukan bekas pelajar Uitm tetapi hal tersebut membuatkan penulis muak dengan agenda kotor yang mungkin didalangi oleh sesetengah pihak yang lain. Tidak mustahil ia merupakan tindakan terdesak berunsur politik yang lebih mirip kepada perjuangan DAP. Kerajaan pula sememangnya tidak mudah ‘digula-gulakan’ dengan permintaan kelonggaran 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM untuk bukan bumiputera serta pelajar asing atas alasan bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajarnya.

 Cuba renungkan sistem pendidikan di Universiti. Ia bukanlah sebuah pertandingan untuk mencari pemenang sebaliknya tempat untuk mendapatkan ilmu serta tempat terbaik. ironinya semua pelajar sememangya layak untuk mendapat tempat terbaik tetapi bertitik tolak daripada hasil usaha yang gigih. Berpaksikan hasil usaha inilah membolehkan kejayaan dicapai bukan disebabkan dengan membuka kuota 10% kepada bukan bumiputera membolehkan anak-anak Melayu mendapat tempat terbaik. ini satu pemikiran yang kuno seterusnya menjadikan ianya situasi menang kepada pihak yang ada kepentingan tersendiri untuk bangsa mereka.

Penyerahan memorandum bantahan keras daripada pelajar bumiputera UiTM di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kelmarin patut memberi mesej jelas kepada individu berkenaan tentang hasrat untuk mengambil satu lagi hak pendidikan untuk rakyat bumiputera.

Bagi penulis, bantahan keras tersebut sepatutnya diteruskan kepada individu yang berselindung di sebalik boneka yang menyuarakan isi hati individu yang memperjuangkan Malaysian Malaysia. Untuk itu, tahniah kepada pelajar UiTm yang sanggup tidak menggadaikan aset penting pendidikan negara sekaligus memberi amaran bahawa Melayu bukanlah suatu alat untuk diperkotak-katikkan.


Akhbar Saiz Tabloid Lawan Saiz Besar

August 1, 2008
MEDIS memainkan peranan penting dalam percambahan maklumat

MEDIA memainkan peranan penting dalam percambahan maklumat

 

Ketika melancarkan versi tabloid The Times pada akhir 2003, George Brock, editor pengurusannya menyatakan  bahawa adalah amat mustahil untuk mengharapkan sesebuah akhbar untuk tidak berubah, “Semua akhbar sentiasa berusaha untuk menukarkan  kimianya tanpa meletupkan makmal. Sesebuah akhbar perlu menyesuaikan diri dengan mood masyarakat dan kecenderungan serta cita rasa pembacanya.” 

Tidak ada akhbar yang kekal dari segi masthead,  kandungan editorial, gaya penulisan, rekal letak, jumlah halaman, malahan saiz. Kini, akhbar mula berubah saiz iaitu daripada bersaiz lebar  kepada saiz tabloid atau kompak. Akhbar yang tidak berubah akan mengundang kematian awal kerana pembaca menolak akhbar yang tidak memenuhi cita rasa mereka. Akhbar yang berubah, menyesuaikan kandungan dan gaya editorial, dan serasi dengan kehendak pembaca akan mampu menguasai pasaran dengan peningkatan sirkulasi dan seterusnya penambahan pendapatan periklanan.

Bukan mudah untuk menarik minat remaja membangkitkan selera mereka untuk menjadikan sesebuah akhbar itu sebagai wadah dalam membentuk minda mereka. Tetapi dengan meletakkan sesuatu perioriti yang betul dan kena pada tempatnya, tidak mustahil untuk menggoda mereka. Oleh itu, perubahan demi perubahan amatlah perlu untuk lebih trampil bagi meneruskan agenda nasional melibatkan peningkatan corak pemikiran masyarakat.


Kempen Membaca Jangan Tinggal Kempen

July 28, 2008
Proses membaca memerlukan kosentrasi yang tinggi untuk memahami yang tersurat dan tersirat

Proses membaca memerlukan kosentrasi yang tinggi untuk memahami yang tersurat dan tersirat

 

BERAPA banyakkah rakyat Malaysia yang membaca majalah ilmiah jika dibandingkan dengan majalah hiburan yang lain?   Sedang dunia heboh dengan serangan Israel ke atas Labenon, majoriti rakyat Malaysia leka dengan kisah percintaan penuh rahsia Siti Nurhaliza dan “Dato’ K” serta kisah pertunangan dramatik Mawi dan Ina.  Hakikatnya, tidak banyak rakyat Malaysia yang ambil peduli isu perbalahan antara Ehud Olmert dengan pejuang Hizbullah di Timur Tengah. 

 Semua ini menggambarkan pemikiran rakyat Malaysia-rakyat negara ini yang lebih suka membaca bahan bacaan yang berkonsepkan picisan dan kurang daya fikirnya. Bukanlah semua orang termasuk dalam golongan ini, tetapi majoritinya begitu dan lama-kelamaan tidak mustahil bertambah pengikutnya. 

 Menurut Datuk A. Aziz Deraman, Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kemalasan minda rakyat Malaysia dan sifat lokek mengeluarkan belanja membeli bahan bacaan ilmiah terserlah apabila cetakan 3000 naskah untuk satu judul buku terbitan DBP terlalu sukar dihabiskan dalam tempoh 24 bulan (dua tahun).  Berbeza dengan Masyarakat Jepun umpamanya yang mencatatkan  penghasilan buku mencecah 52 ribu judul buku setiap setahun dan semuanya laris dijual.

 Barangkali bertitik-tolak dari masalah ini, kerajaan mengadakan kempen membaca setiap tahun.  Kempen membaca yang dilancarkan pada 14 Julai tahun lalu yang bertemakan “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” menunjukkan kerajan begitu komited untuk membudayakan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini.  Namun sayangnya, segelintir sahaja yang menyokong kempen tersebut. 

 Jika ditinjau kajian membaca yang dijalanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan dan statistik terhadap 60441 orang responden baru-baru ini, 34 peratus daripada mereka hobinya ialah menonton televisyen (TV).  Rancangan hiburan seperti program realiti  TV Akademi Fantasia (AF) mutakhir ini.  Rancangan tersebut mampu menarik banyak penonton daripada segenap lapisan masyarakat.  Namun, lain pula halnya dengan isu yang disajikan dalam bukun ataupun majalah ilmiah.  Sedikitpun tidak mendapat sambutan sehebat AF.

 Tidak salah berhibur tetapi biarlah berpada-pada, perlu sesuai dengan jenis dan kuantitinya.  Kegagalan meletakkan prioriti yang betul, kegagalan bersifat selektif dalam memilih hiburan yang terbimbing, dan kegagalan menapis elemen luar yang kurang baik masih lagi menghantui rakyat negara ini. 

 Harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menekankan pembangunan modal insan yang berpaksikan masyarakat yang bijak , kritis, dan rasional hanya akan tinggal harapan jika rakyat negara ini masih leka dengan hiburan.  Pemimpin pun tidak mampu berbuat apa-apa jika hanya kempen yang berjalan tetapi masyarakat terus diam dan melukut tanpa ada rasa tanggungjawab dalam diri.

 Melihat keadaan ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama Kementerian Pendidikan, menumpukan sasaran kempen membaca tersebut kepada semua golongan.  Kempen kali ini digerakkan untuk jangka masa lima tahun akan datang sejajar dengan aspirasi Rancangan Malaysia Kesembilan.

Dalam keresahan fenomena kemalasan membaca rakyat Malaysia ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif .  PNM melaporkan bahawa kadar pembacaan rakyat Malaysia sekarang yamg berumur 1 tahun ke atas ialah 92 peratus.  Ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan tetapi untuk mencapai angka seperti ini, Malaysia memerlukan enam tahun semenjak dasar Buku Negara dilancarkan pada 2000.  Jadi, mungkin untuk melihat hasil positif kempen membaca yang dilancarkan tahun lepas, kita perlu menunggu empat tahun lagi.

Mohd Hasif harun, Kempen Membaca Jangan Tinggal Kempen, Dewan Masyarakat 2006

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


Gabungan Pemuda Malaysia

July 26, 2008
MANTAP...Penstrukturan semula minda dapat memperkasakan masyarakat

MANTAP...Penstrukturan semula minda dapat memperkasakan masyarakat

 

Di mana-mana api Zionis cakarnya menerawang

Di mana-mana api Zionis lidahnya menyilang

Di mana-mana api zionis jalarnya merongga ruang

Di mana-mana api zionis perciknya menghangus pulang

 

Puisi hasil nukilan Lim swee Tin membawa masyarakat  melihat kesengsaraan rakyat Labenon dan kekejaman rejim Zionis yang tidak henti-henti meratah, memamah dan mengacu senjata kepada insan yang tidak berdosa kononnya memperjuangkan keamanan dunia.  Walhal AR Galiear, PNC-1, bom, roket, dan mortar bertubi-tubi meranapkan rumah-rumah dan melohongkan tanah-tanah di Lubnan.

 

Keganasan yang membinatangkan manusia ini dilihat sebagai satu kemerosotan minda masyarakat barat yang dari fizikalnya kelihatan canggih dan moden serta berfikiran jauh kedepan.  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga dilihat masih menjadi boneka pemerhati setia dalam setiap siri kekejaman yang dilakukan.  Lihat sahaja gencatan senjata  dalam resolusi 1701, ianya hanya tinggal resolusi yang usang dan tiada kepentingan. 

 

Melihat masalah kekejaman yang semakin parah, gabungan pemuda Malaysia mengembeling tenaga mewujudkan gagasan yang bertemakan “Hargai Kemanusiaan, Kembalikan Keamanan” mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan Israel di bumi Lubnan.  Mereka bergerak sederap dan bernafas bersama-sama mengetepikan setiap idealogi politik dalam mencari kedamaian.  Suara-suara pemuda dari tujuh parti yang bergabung ini mungkin tidak dapat merubah semuanya tetapi jangan diperkecil dan diperkotak-katikkan kerana ini adalah suara menentang ibu segala kejahatan dan bapa segala kekejaman.

 

Perang 34 hari telah berlalu tetapi kesannya masih utuh dalam minda masyarakat Labenon. Tambah menyedihkan, lebih 10 ribu ditahan dan lebih 150 ribu kematian dicatatkan.  Atas alasan inilah setiap masyarakat di dunia perlu menjelmakan sifat  keperihatinan dan tentangan sekeras-kerasnya terhadap manusia yang berkiblatkan syaitan ini.  Jangan jadikan tangan kiri menentang  tetapi  tangan kanan menyokong perbuatan tidak berperikemanusiaan ini.

 

Gagasan yang dibentuk bukanlah berpaksikan isu keagamaan tetapi berlandaskan kemanusiaan.  Suara rintihan kanak-kanak yang kehilangan ibu-bapa, mayat-mayat bergelimpangan bercampur aduk dengan hanyir darah, tubuh-tubuh kecil berlubang dibedil mortar merupakan cerita sedih dan pilu bagi pemuda-pemuda ini yang memperjuangkan keamanan.

 

Malam perhimpunan gabungan pemuda Malaysia menjadi saksi kaku segala semangat membara dan kutukan terhadap keganasan.  Hubungan  baik yang dikecapi dalam perhimpunan tampak erat walaupun dihadiri oleh pemuda-pemuda yang berlainan parti dan idealogi.  Semangat yang ditonjolkan inilah yang melihatkan Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang maju dalam semua sektor tanpa ada perselisihan faham dan kegilaan kuasa yang memuncak sehingga menimbulkan provokasi keatas negara lain.

 

 

Walaupun dikatakan sebuah negara yang kecil tetapi semangatnya amat besar dalam menangani isu kekejaman Israel.  Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang juga diwakili oleh Malaysia tidak boleh dipersalahkan 100 peratus.  PBB sebagai badan keselamatan dunia perlu lebih berani dan telus menentang kekejaman.  Hari ini, Kofi Anan dan Ehud Olmert dilihat sebagai pelakon terbaik dalam menjayakan filem arahan Bush yang skripnya ditulis oleh Condoleezza Rice bagi menjalankan misi keamanan yang perlunya tentera dikerah untuk mengangkat senjata.  Mereka memilih cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.  Lebih menggerunkan apabila akhbar New York Times memetik kenyataan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert sebagai berkata, “Kami akan bergerak, memasuki dan berundur apabila perlu.”

 

Oleh hal demikian, “Rapatkan bangsa atas satu kesedaran untuk menggerakkan dunia”.  Jelas kata-kata Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berbeza dengan kata-kata Ehud Olmert kerana ia bukanlah satu arahan untuk memporak-perandakan masyarakat sebaliknya satu azimat untuk menghangatkan lagi semangat perpaduan antara kaum dalam menyatupadukan masyarakat dan memberi kesedaran pentingnya keamanan dipulihkan segera.


Pengurusan Wang Kunci Kejayaan – Azizi Ali

July 26, 2008
KOMITED...Pengurusan wang penting untuk kesejahteraan masa hadapan

KOMITED...Pengurusan wang penting untuk kesejahteraan masa hadapan

 

Ketika menjejakkan kaki ke ruang bilik pejabatnya, perasaan penulis agak gemuruh.  Melihat dari pemakaiannya sahaja dapat menggambarkan beliau adalah seorang yang berkarisma, berfikiran kritis dan gramatis serta serius.  Bukan tidak biasa melihat wajahnya di dada-dada akhbar dan majalah tetapi inilah pertama kali penulis dapat bertentang dua mata dengan usahawan muda yang bergelar jutawan.
 
Suasana sunyi di dalam bilik pejabatnya dengan hanya bertemankan perakam suara dan buku nota, penulis mula berbicara.  Air muka beliau yang tenang dan bersahaja merubah segala tanggapan serta perasaan gemuruh penulis.  Berlatarbelakangkan keluarga petani yang hidup agak sederhana, impian untuk menjadi kaya tidak sedikitpun terlintas dalam kotak fikiran beliau.  Malah, pada zaman sekolah dahulupun sedikitpun tidak ada angan-angan untuk menjadi jutawan. 

Permulaan kerjaya sebagai juruterbang pada tahun 1981 dengan gaji RM2000 sememangnya menjamin pulangan yang lumayan jika dibandingkan dengan pekerjaan lain pada waktu itu.  Tetapi, wang menjadi penghalang kepada segalanya.  Beliau seringkali tidak mencukupi wang.  Krisis  ini meleret sehingga empat tahun.
Bosan dengan masalah yang dihadapi, beliau mula belajar melalui buku dan bertanya. Masalah yang beliau hadapi semakin hari semakin  menampakkan jalan penyelesaian.  Kini, segala-galanya mampu beliau atasi.  Beliau yang dimaksudkan ialah Azizi Ali, jutawan hartanah bumiputra yang berjaya dalam sektor perniagaan hartanah jual beli rumah di Malaysia. Bukan itu sahaja malah namanya sentiasa meniti di bibir-bibir usahawan kini.

Jika diimbau dalam tahun 1970-an, dari kacamata dan pemikiran Azizi, orang yang berniaga ialah manusia yang tidak lulus peperiksaan.  Azizi merasakan cukup sekadar belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memasuki Intitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan bekerja dengan syarikat-syarikat besar.  Pada waktu itu, Azizi hanya impikan sebuah rumah,menerima gaji yang cukup sekadar untuk membeli barang keperluan dan melakukan sebarang pekerjaan asalkan ianya mempunyai pendapatan dan pulangan. Tetapi Azizi mula sedar.  Segala tindak-tanduk dan pemikirannya ternyata salah.  “Untuk menjadi  kaya, individu tersebut perlu berniaga”.  Ujarnya.  “Sembilan daripada10 punca rezeki adalah dari berniaga”.  Tambah Azizi.

Menoleh kembali sejarah awal pembabitan beliau dalam bidang perniagaan,  Azizi akur dengan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi  dan ditempuhi dalam dunia mencabar ini.  Tahun 1990 merupakan titik awal permulaan Azizi berniaga.  Kedai muzik yang terletak di BB Plaza yang dibukanya betul-betul mencampakkan dirinya ke dunia realiti alam perniagaan.  Tetapi ternyata alam usahawan bukanlah mudah seperti yang disangka.  Seribu liku jerih perit terpaksa diharunginya.  Azizi kerugian lebih RM100 ribu dan menyifatkan ianya  merupakan satu kegagalan dalam perniagaan.  “hendak dikatan saya malas, kedai saya dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, itu menunjukkan saya tidak malas”. Ujarnya sambil merenung jauh masa silamnya.  Azizi mengakui bahawa dengan berbekalkan ilmu perniagaan yang kurang dan strategi pengurusan kewangan yang tidak teratur pada masa itu menyebabkan Azizi gagal. “untuk menjadi ahli perniagaan sesuatu yang senang tetapi untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya ianya sesuatu yang amat sukar”.  Tegasnya lagi.

Bertitik tolakkan masalah inilah yang membuatkan Azizi cekal dan tabah serta menjadikannya sebagai pendorong untuk beliau terus berjaya.  Melihat dari kegagalan itu, beliau pasti pengurusan kewangan itu terlalu penting.  Malangnya, Azizi sedikit meluahkan rasa kesalnya kerana kemahiran pengurusan yang dilabelkan sangat penting ini tidak dititik beratkan dan tidak diajar di mana-mana sekolah ataupun universiti.   Jika adapun hanyalah untuk menyelesaikan kewangan syarikat-syarikat.  Pengurusan kewangan untuk diri sendiri tidak diajar.  “Di universiti, mereka kebanyakan tidak mengajar pelajar  untuk menguruskan wang sebaliknya tertumpu kepada pengiraan wang orang lain”. Tegas Azizi.
 
Azizi sedar pengurusan kewangan peribadinya sangat lemah dan terpaksa berbuat sesuatu.  Menyedari hakikat ini, beliau mula bertanya daripada  orang-orang yang lama dalam bidang perniagaan.  Tetapi jawapan yang diterimanya tidak dapat memuaskan hati.  “jika tanya orang saham, dia hanya tahu saham, jika tanya orang insurans, dia hanya tahu insurans”.  Ujarnya.  Meskipun ia sangat penting, kebanyakan individu tidak mengutamakan kewangan peribadi. Azizi tidak menafikan dirinyajuga pernah berfikiran sedemikian ketika itu.

Usahawan yang kini menjangkau umur 44 tahun dan masih muda ini sememangnya mempunyai rahsia pengurusan kewangan yang baik, Azizi memberitahu, “gaji yang diperolehi akan disimpan sekurang-kurangnya 10 peratus dan yang selebihnya akan digunakan untuk membayar bil dan keperluan-keperluan lain”.  Ini amalan yang berbeza yang diamalkan oleh setiap individu.  “Ramai yang gunakan duit untuk membeli keperluan dan selebihnya barulah disimpan”. 

Ketika ditanya berkaitan usahawan Melayu, Azizi menegaskan bahawa usahawan Melayu sebenarnya mampu mencapai tahap global.  Tidak kira masyarakat manapun, masalah yang melanda dalam perniagaan tetap sama.  Semuanya berkisarkan tentang wang, produk dan pemasaran.  Dan yang penting ialah tanpa ilmu yang cukup,  untuk menggerakkan perniagaan ternyata sukar. 
 
Tugas yang dipikul Azizi bukanlah penghalang.  Walaupun sibuk, Azizi yang mempunyai empat orang cahayamata ini tidak sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga malah masih lagi dapat menulis buku-buku berkaitaan pengurusan wang dan lebih dari 15 buah buku yang ditulis oleh Azizi.  Kini, sebuah lagi buku baru dihasilkan iaitu mXe! Five Keys to Become an Extream. Ternyata Azizi bukanlah calan-calang usahawan kerana elain mengutamakan kerjaya dan perniagaan, keluarga juga dititikberatkan dan ini banyak dibantu oleh isteri tercinta iaitu Puan Azlynn Azizi.

Pengasas kepada syarikat penerbitan True Wealth Sdn.Bhd dan juga penulis buku How to Become a Property Millionaire  yang mempunyai penjualan yang terbaik  ini sekali lagi menegaskan bahawa kekurangan pengetahuan dalam pengurusan wang akan menyebabkan individu sentiasa berada dalam kepompong masalah kewangan.  Apatah lagi individu yang tidak tahu langsung berkaitan pengurusan wang. 
 
Mohd Hasif Harun, Pengurusan Wang Kunci Kejayaan – Azizi Ali, Dewan Masyarakat 2006


empayar baru di utara tanah air

July 25, 2008
MESRA..Datuk Dr Md Isa Sabu dirai oleh penduduk Perlis

MESRA..Datuk Dr Md Isa Sabu dirai oleh penduduk Perlis

 

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perlantikan itu memberikan suatu paradigma baru untuk kemajuan negeri kayangan ini. Pada 17 Mac 2008, akhirnya Upacara angkat sumpah Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis. Upacara berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada jam 5.30. Sebelum itu Dr Md Isa Sabu diiringi 5000 penyokong beliau dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah menuju ke Stadium Utama, Kangar , Perlis.